Zaireen Pengantin

Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Majlis Perkahwinan dan Keraian di Kawasan Utara Malaysia Kedah dan Perlis.

Katering dan Jamuan

Menu dan set Makanan untuk Jamuan keraian atau Perkahwinan dengan Perkhidmatan yang terbaik dari Zaireen Pengantin

Pelamin dan Set Perkahwinan

Pelbagai pilihan set pelamin terkini dan terbaru untuk pilihan anda bersama Zaireen Pengantin

Gambar dan video Perkahwinan

Kemudahan dan perkhidmatan Multimedia memberikan perkhidmatan video dan gambar dengan kualiti yang terbaik dari kami

Cake Pengantin

Reka bentuk dan rasa yang terbaik untuk tetamu anda mendapatkan kek yang terbaik dari chef terbaik kami

Monday 29 October 2012

Bajet Perkahwinan Wanita


Bajet Perkahwinan Perempuan
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan anda dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinanRM
Kad jemputanRM
SetemRM
Cincin kahwinRM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombonganRM
Tempat penginapan untuk rombonganRM
Barangan Hantaran:
Sirih junjungRM
PotpourriRM
Al-QuranRM
SejadahRM
SampingRM
SongkokRM
Kain pelekatRM
Baju MelayuRM
TualaRM
KasutRM
JamRM
Satu set penjagaan diriRM
KekRM
Pulut kuningRM
PudingRM
CokelatRM
Buah-buahanRM
Juruandam:
PelaminRM
Baju songketRM
Bunga pegangRM
Bunga paharRM
Bunga telur/cenderahati tetamuRM
JurusolekRM
Baju persalinanRM
Hiasan bilik tidurRM
Pintu gerbangRM
Barangan hantaranRM
Hiasan hantaranRM
Solekan pengapit dan flower girlsRM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disuntingRM
JurugambarRM
Kanopi:
KanopiRM
Kerusi dan mejaRM
Alas mejaRM
Kipas silingRM
LampuRM
Upah pekerjaRM
Hotel atau taman:
Kerusi dan mejaRM
MenuRM
Penyambut tetamuRM
PengiringRM
Makan beradap:
Set meja pengantinRM
Kerusi dan MejaRM
Alas mejaRM
SkirtingRM
ScallopRM
Kerusi banquetRM
Bunga bouquetRM
Lauk pengantinRM
PenanggahRM
Katering:
Nasi dan lauk pilihanRM
Buah-buahanRM
Air (kordial)RM
Hiburan:
KompangRM
Silat pengantinRM
Cak lempongRM
Kumpulan marhaban/berzanjiRM
Sistem PA:
Satu set sistem PARM
DJ / MCRM
Bulan Madu:
PercutianRM
Jumlah perbelanjaanRM
Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
a)Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Anda mementingkan kesederhanaan dalam mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan anda. Adalah tidak berpadanan jika anda memperuntukkan sejumlah wang sebanyak ini untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau taman. Jangan pula anda rasa rendah diri kerana tidak mampu mengeluarkan bajet yang banyak. Biarpun jumlah yang dikeluarkan cukup minimum, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda, tidak lupa kepada mereka yang menghadiri majlis perkahwinan anda.
b)Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah berpatutan untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Jangan risau, tentu sahaja anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d)Perbelanjaan sebanyak RM 35,501– ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan banyak dan berpadanan dengan majlis perkahwinan anda itu nanti.

Bajet Perkahwinan Lelaki


Bajet Perkahwinan Lelaki
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinanRM
Wang hantaranRM
Mas kahwinRM
Upah jurunikahRM
Kad jemputanRM
SetemRM
Cincin tunangRM
Cincin kahwinRM
Barang kemasRM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombonganRM
Tempat penginapan untuk rombonganRM
Barangan Hantaran:
Sirih junjungRM
PotpurriRM
Al-QuranRM
Telekung/sejadahRM
Kain elaRM
Baju kurungRM
Beg tanganRM
TualaRM
JamRM
KasutRM
Satu set peralatan solekRM
Satu set penjagaan badanRM
Buah-buahanRM
PudingRM
CokelatRM
KekRM
Juruandam:
PelaminRM
Bunga paharRM
Bunga telur/cenderahati tetamuRM
Baju songketRM
Hiasan bilik tidurRM
Pintu gerbangRM
Hiasan hantaranRM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disuntingRM
JurugambarRM
Kanopi:
KanopiRM
Kerusi dan mejaRM
Alas mejaRM
Kipas silingRM
LampuRM
Upah pekerjaRM
Hotel atau taman:
Sewa hotel atau tamanRM
Kerusi dan mejaRM
MenuRM
Penyambut tetamuRM
PengiringRM
Makan beradap:
Set meja pengantinRM
Kerusi dan MejaRM
Alas mejaRM
SkirtingRM
ScallopRM
Kerusi banquetRM
Bunga bouquetRM
Lauk pengantinRM
PenanggahRM
Katering:
Nasi dan lauk pilihanRM
Buah-buahanRM
Air (kordial)RM
Hiburan:
KompangRM
Silat pengantinRM
Cak lempongRM
Kumpulan marhaban/berzanjiRM
Sistem PA:
Satu set sistem PARM
DJ / MCRM
Bulan Madu:
PercutianRM
Jumlah perbelanjaanRM
Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
a)Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b)Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d)Perbelanjaan sebanyak RM 35,501 – ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu dari dua tempat tersebut.

Panduan Perkahwinan

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.


PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.


TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Perkahwinan Mengelak Zinar


Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.

Ijab bermaksud menyerahkan tanggungjawab dari wali bakal pengantin perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Manakala kabul membawa maksud bakal suami menerima tanggungjawab di atas penyerahan bakal isteri tersebut.
 
Allah s.w.t telah menjadikan manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut adalah melalui ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan..."

Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W.

Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."

Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang bakal lahir.

Bagi pemuda-pemudi yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, haruslah dia berkahwin bagi menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatannya. Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Alkamah r.a, Rasulullah bersabda, "wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya, perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan." Sesungguhnya perkahwinan dapat menjaga seseorang itu daripada zina atau maksiat. Wallahualam…